Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Julai 2011

Kandungan Kursus Juruteknik Elektrik Rendah - SKM TAHAP 1

  • Juruteknik Elektrik Rendah
Dalam bidang pekerjaan,Skop kerja Juruteknik Elektrik Rendah adalah merangkumi kemahiran pengetahuan teori dan amali dalam memasang, menguji, mengesan dan membaiki kerosakan semua pendawaian satu fasa (pendawaian permukaan, tersembunyi/ tertanam, konduit, trunking) , penyambungan aksesori-aksesori/ peralatan-peralatan dan membaca serta memahami pelan-pelan elektrik. Di samping itu juga, beliau juga berkemahiran dalam membantu Juruteknik Elektrik dalam semua kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.

Sukatan pelajaran (silibus) bagi Juruteknik Elektrik Rendah adalah  mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) seperti berikut:-
  1. Modul 1 - Latihan Kemalangan & Keselamatan
  • Teknik-teknik dan langkah-langkah asas pertolongan cemas
  • Teknik-teknik dan langkah-langkah pencegahan kejutan elektrik
  • Latihan Kemalangan & Keselamatan Diri (pekerja)
  • Aspek dan peraturan-peraturan kemalangan dan keselamatan di
    tempat kerja.
  • Punca-punca kemalangan persekitaran tempat kerja
  • Jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya
  • Kaedah mendapatkan permit kerja(tujuan,kebenaran,pemantauan
    dan pengesahan kerja)
  • Penyediaan dan penyeliaan buku log
  • Kaedah dan teknik penyediaan laporan kemalangan tempat kerja
  1. Modul 2 - Pengetahuan Asas Elektrik
  • Pengetahuan litar siri, selari dan siri-selari
  • Pengetahuan litar R-C-L
  • Penggunaan meter ampere, meter volt, multimeter, meter watt dan Clip On meter  dalam pemasangan satu fasa
  1. Modul 3 - Pengetahuan Lukisan Pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • Lukisan bentangan, skematik dan pendawaian
  • Simbol-simbol lukisan elektrik
  1. Modul 4 - Pendawaian Permukaan Satu Fasa
  • Pemasangan pendawaian permukaan
  • Litar lampu, kuasa, pendingin udara, pemanas air, loceng dan pembaz
  • Litar turutan kawalan turutan satu fasa
  • Aksesori-aksesori dan peralatan-peralatan elektrik
  • Pengujian dan pemeriksaan pemasangan
  • Uj kesan dan baiki kerosakan  pendawaian permukaan satu fasa
  • Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
  1. Modul 5 - Pendawaian Tersembunyi(concealed) Satu Fasa
  • Pemasangan pendawaian tersembunyi
  • Teknik-teknik melepa alur pendawaian
  • Pengujian dan pemeriksaan pemasangan
  • Uji,kesan dan baiki kerosakan pendawaian tersembunyi satu fasa
  • Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
  1. Modul 6 - Pendawaian Industri Satu Fasa
  • Pemasangan pendawaian konduit dan trunking
  • Pengujian dan pemeriksaan pendawaian
  • Uji,kesan dan baiki kerosakan pendawaian konduit dan trunking
  • Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
  1. Modul 7 - Pengujian Pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • Ujian keterusan
  • Ujian kekutuban
  • Ujian penebatan
  • Ujian pembumian
  • Ujian litar pintas
  • Ujian rintangan gelung rosak ke bumi
  1. Modul 8 - Pendawaian Domestik Satu Fasa
  • Pemasangan dan penyambungan papan agihan satu fasa
  • Pemasangan sistem pembumian
  • Pemasangan pendawaian rumah contoh
  1. Modul 9 - Penyelenggaraan Elektrik
  • Uji,kesan dan baiki kerosakan penyambungan dan pendawaian elektrik satu fasa
  • Uji,kesan dan baiki kerosakan mesin-mesin elektrik satu fasa
  1. Modul 10 - Mesin Arus Terus (A.T)
  • Pemasangan Motor Arus Terus
  • Teori mesin arus terus (belitan medan,angker,halaju,daya kilas dan sebagainya)
  • Buka,uji,baiki kerosakan mesin arus terus (motor pirau,motor siri,motor majmuk )
  • Kenal pasti,pasang,sambung dan uji berbagai mesin arus terus   (motor pirau) menggunakan penghidup dan peranti kawalan(suis On/Off tiga punca)
  • Pemasangan Penjana Arus Terus
  • Teori asas penjana arusterus(belitan,halaju,putaran,kawalan kelajuan dan sebagainya
  • Asas membuka dan memasang penjana
  • Senggara dan uji gegelung asas medan magnet penjana arus terus
  • Menselarikan(paralling) berbagai jenis penjana arus terus secara siri,selari dan majmuk
  • Penghidup Motor Arus Terus
  • Penghidup dua, tiga dan empat punca
  • Pengawal penghidup dan pengawal halaju

2 ulasan:

  1. dah lama mintak tolong pos kan sijil skm 2! kenapa xda layanan?? saya perlu kan sijil! kos pos bole saya tanggung! harap kerjasama pihak tuan

    BalasPadam
  2. boleh saya minta nota untuk juru teknik rendah tahap 1 dan dimana saya boleh mendapatkan noto2 itu???

    BalasPadam