Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Julai 2011

KURIKULUM PELATIH-JPAM UNIT FELDA

JABATAN PERTAHANAN AWAM UNIT FELDA 

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan dan penyertaan pelajar-pelajar JPAM di SCT adalah bertujuan mengenali langkah-langkah  pertahanan awam dan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan keselamatan yang menjamin kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan. Memberi ilmu kepada pelajar-pelajar untuk bertindakbalas membantu diri dan orang ramai tentang kecemasan dan bahaya.

Latihan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman dari JPAM Daerah Maran.  Pihak SCT  juga melantik kakitangan bagi membantu pelajar-pelajar dalam melicinkan lagi program-program kokurikulum ini.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pelajar-pelajar dapat memupuk dan melahirkan nilai-nilai seperti cekap dan tepat, berdisiplin dan bertanggungjawab, kerja berpasukan, dan berkhidmat dengan ikhlas selain dapat memberikan bantuan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Aktiviti mingguan:

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan kawad

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan pertolongan cemas

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan kebombaan

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan menyelamat

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan teori dan praktikal

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Ujian teori dan praktikal

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Eksesais

    http://www.ilpkbpp.gov.my/ilp/images/get.png Latihan bersama diluar kawasan institut

1 ulasan: