Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Julai 2011

Kandungan Kursus Juruteknik Elektrik- SKM TAHAP 2

  • Juruteknik Elektrik
Dalam bidang pekerjaan,Skop kerja Juruteknik Elektrik adalah merangkumi kemahiran  pengetahuan teori dan amali dalam memasang,menguji,mengesan dan membaiki kerosakan semua pendawaian tiga fasa (pendawaian permukaan, tersembunyi/ tertanam, konduit, trunking), penyambungan aksesori-aksesori/peralatan-peralatan dan membaca serta memahami pelan-pelan elektrik. Di samping itu juga,beliau juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran memasang, membaik pulih, mengesan dan menguji kerosakan motor-motor elektrik, kabel-kabel dan sistem pembumian dalam pendawaian elektrik tiga fasa. Selain dari itu, beliau berkemampuan dalam membantu Juruteknik Elektrik Kanan dalam semua kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.

Sukatan pelajaran (silibus) bagi Juruteknik Elektrik Rendah adalah  mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikeluarkan oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) seperti berikut:-
  1. Modul 1 - Pengetahuan Lukisan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa
  • Lukisan bentangan,skematik dan pendawaian
  • Simbol-simbol lukisan elektrik
  1. Modul 2 - Sistem Tiga Fasa
  • Pengetahuan sambungan star (pengiraan sambunganstar arus, voltan, faktor kuasa dan sebagainya)
  • Penyambungan sambungan star,pengukuran arus, voltan, kuasa, faktor kuasa menggunakan meter
  • Pengetahuan sambungan delta (pengiraan sambungan delta, arus, voltan, faktor kuasa dan sebagainya)
  • Penyambungan sambungan delta,pengukuran arus, voltan, kuasa, faktor kuasa menggunakan meter
  • Sistem Tiga Fasa Empat Talian
  • Pengetahuan sambungan sistem empat talian (pengiraan
    arus, voltan, kuasa, faktor kuasa beban seimbang dan tidak
    seimbang)
     
  • Penyambungan sistem tiga fasa empat talian beban rintangan dan pengukuran arus,voltan,kuasa dan faktor kuasa
  1. Modul 3 - Pendawaian Domestik Tiga Fasa
  • Pemasangan pendawaian rumah contoh tiga fasa
  • Pendawaian tersembunyi(concealed) tiga fasa
  • Teknik-teknik pendawaian
  • Pengujian dan pemeriksaanm pemasangan
  • Pengujian Pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • Ujian keterusan
  • Ujian kekutuban
  • Ujian penebatan
  • Ujian pembumian
  • Ujian litar pintas
  • Ujian rintangan gelung rosak kebumi
  1. Modul 4 - Pendawaian Industri Satu Fasa
  • Pemasangan pendawaian konduit ,trunking dan 'cable tray'
  • Pemasangan 'ducting'
  • Pemasangan dan pendawaian papan agihan tiga fasa
  • Pemasangan sistem pembumian
  • Pengujian dan pemeriksaan pendawaian
  1. Modul 5 - Pemeriksaan,Pengesanan dan Pengujian Kerosakan
  • Baik pulih pendawaian tiga fasa dan kerosakan penyambungan
  • Baik pulih kerosakan mesin-mesin eletrik tiga fasa
  • Baik pulih kerosakan sistem kawalan
  1. Modul 6 - Motor AC Satu Fasa
  • Pemasangan dan pendawaian motor AC satu fasa
  • Pengetahuan motor AC satu fasa
  • Pemasangan dan pendawaian sistem kawalan motor AC satu fasa
  1. Modul 7 - Akta dan Peraturan-Peraturan Elektrik
  • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
  • Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
  • Malaysian Standard Code of  Practice for Electrical Installations of
    building (MSIEC 60364)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan